Mar 4, 2009

Berdoa Atas Talian



Bayangkan bila pada saat kita berdoa dan mendengar ini:

“Terima kasih, anda telah menghubungi Rumah Allah “. Pilihlah salah satu:
1.Tekan 1 untuk ‘meminta’.
2.Tekan 2 untuk ‘mengucap syukur’.
3.Tekan 3 untuk ‘mengeluh’.
4.Tekan 4 untuk ‘permintaan lain’.”

Atau, bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

“Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Sila tunggu sebentar. Panggilan anda akan dijawab berdasarkan turutan.” 

Bolehkah anda bayangkan bila pada saat berdoa, anda mendapat respons seperti ini:

“Jika anda mahu berbicara dengan
Malaikat Jibril, tekan 1.
Dengan Malaikat Mikail, tekan 2.
Dengan malaikat lainnya, tekan 3.
Jika Anda ingin mendengar saritilawah saat anda menunggu, tekan 4.”

“Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka, sila tunggu sehingga anda tiba disini!!”

Atau mungkin juga anda mendengar ini :

“Komputer kami menunjukkan bahawa ini adalah kali pertama anda menelefon hari ini, sila cuba kembali hati esok.”

“Kaunter ini ditutup pada hujung minggu. Sila menelefon kembali pada hari Isnin setelah pukul 9 pagi.”

0 ayat-ayat cinta:

 

- My-So-Called-Life - Copyright © 2009 Blog Ku - Milik Ku - Sesuka Hati Ku