May 30, 2009

Oh Umayrah

4 ayat-ayat cinta
بسم الله الرحمن الرحيم

Nak kongsi satu lagu ngan kengkawan sume.. lagu 'Oh Umayrah' oleh The Wayfarers.. semenjak berjaya mendapat album Aku Ori Bukan Fotokopi nie.. Lagu nie je yang duk ulang2... lagu dia sweet sgt... lagu hadis yang merupakan doa pelindung anak.. (mcm dah ada anak je bunyinye..hehehe.. wat2 paham je la ye...)

Oh Umayrah
Buah hatiku
Papa Mama
Terpaksa pergi
Jauh dari mu

Hati rindu
Doa untuk mu
Sayang selalu

*Doa pelindung anak:

أُعِيذُكِ
بِكَلِمَاتِ اللهِ التَامَّة
مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّة
وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّة


*Terjemahan:
Aku melindungi mu
Dengan kalimah-kalimah sempurna Allah swt
Dari setiap syaitan dan bahaya
Dan dari setiap renungan mata yang berniat jahat

Oh Umayrah
Srikandi muda
Berani berjuang
Doa mu senjata

Oh Umayrah
Usah putus asa
Ingatlah doa ini

*Dzikir Hasballah:

حَسْبِيَ اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيل

*Terjemahan:
Cukuplah saja Allah bagi ku, Dia yang terbaik tempat aku bergantung

note : Untuk maklumat lanjut pasal album Aku Ori Bukan Fotokopi nie klik kat cnie...

May 29, 2009

Sireh Pulang ke Gagang 5

0 ayat-ayat cinta
Sireh Pulang ke Gagang~~ skang ambe ngah pening kepala ngan kejadah nie... knapa pening?? ntah la.. saje2 wat pening kot..hahaha..

nak wat iklan skit (kunun2 la.. padahal xde benda nak post..kuang3..) sesape bekas2 plajar @ ex-kmpk moh le reramai datang...  x datang pon xpe... xde paksaan..huhu.. tapi apa salahnya kumpul ramai2 kat kmpk... kte wat semak kmpk skit..hihihi.. 

Baiklah secara ringkas nya Sireh tu adalah program Sireh Pulang ke Gagang yang diadakan setiap tahun sewaktu tamat program kemasukan pelajar baru Program Dua Tahun bagi menjejak dan merapatkan kembali ukhwah bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak bermula dari batch pertama (02/03) sehingga batch ke 7 (08/09).
Misi dan objektif kami adalah untuk bersama berkumpul sambil berkongsi pengalaman lepas dan semasa bersama sahabat-sahabat yang dulu pernah belajar bersama di KMPk dan juga pelajar semasa. Pelbagai aturcara dan program di aturkan setiap kali program Sireh ini dianjurkan seperti makan malam, sukaneka bersama pensyarah-pelajar- staff, alumni bersama JPP dan sesi bersama junior (pelajar semasa). Menarik tak??
hasil mengopy dari blog  si nasz nie..hikhikhik.. rajin2 korang gi la mrayap kat blog dia tu... insyaAllah, segala kejadah pasal sirih nie dia cite...

So, sape nak pg?? kira duit~~~ sebab yuran pendaftaran Rm 15..huhu... tarikhnya pada 19-21 Jun 2009.. sape2 yg cuti ke, xde keje ke, bosan duk umah ke... datang le..

Urusetia pendaftaran program :

Encik Mohammad Sharafuddin - 0173842350
Cik Siti Aisyah - 0193702942

Jangan malu2 kucin, korang tepon la ye... kalo msg pon dilayan kot... tapi x tau la..haha...

p/s: kak mikan, jom le pegi... leh jumpa kat sana nnt.. insyaAllah...

May 27, 2009

Pemuda Yang Pemarah

0 ayat-ayat cinta

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. 

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok tersebut dan jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. 

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. Maafkan ambe sekiranya ambe pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati korang2 sume..

May 25, 2009

Curahan Hati Seorang Insan Biasa

0 ayat-ayat cinta
Sahabat itu adalah satu tingkah laku yang saling hormat menghormati dan membina kesetian satu sama lain. Sering melakukan aktiviti bersama berdasarkan minat dan persamaan yang ketara. Jalinan persahabatan diperkukuhkan dengan saling percaya antara satu sama lain. Bersahabat juga menuntut tingkah laku yang sabar, ikhlas dan saling menerima nasihat dan teguran daripada sahabat. Sahabat akan berkongsi kesusahan dan kesedihan dengan sahabatnya.

Aku juga mengingati sabda Nabi Muhammad,
“Tiadalah dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah, melainkan yang lebih dicintai oleh Allah itu, adalah orang yang lebih banyak cintanya kepada rakannya”.
Bagiku, persahabatan itu adalah satu hubungan yang rapat, yang lahir daripada keikhlasan dan kejujuran dan disatukan atas dasar satu iman dan kepercayaan kepada Allah. Apabila persahabatan terjalin kerana Allah, merangsang seseorang untuk melakukan perkara yang dapat membantu serta mengutamakan orang lain daripada diri sendiri. Seorang sahabat itu bersedia mengorbankan harta, nyawa dan juga memberi nasihat yang baik kepada sahabatnya.

Pada pandanganku, hubungan persahabatan bukan terjalin secara spontan atau dapat dibentuk dengan mudah. Ia berlaku apabila ada kesesuaian antara dua individu yang bertemu dan menjalin hubungan penuh mesra dan kasih sayang. Hubungan yang baik dapat memecahkan dinding yang memisahkan diri kita dari dunia luar.

Apa gunanya sahabat sekiranya tidak membantu sahabatnya meskipun sahabat itu tidak pernah menyuarakan isi hatinya mahukan bantuan. Aku teringat pesan Nabi Muhammad,
“Beri memberilah antara kamu, pasti kamu akan cinta mencintai antara sesama kamu."
Peringatan itu tetap aku ingat sampai bila-bila sebagai panduan aku menjalin persahabatan dengan orang lain. Persahabatan menuntut pengorbanan dari kita.

Petikan dari novel Surah-surah Rindu oleh Saridah Hamid

May 20, 2009

Kawe Demo

0 ayat-ayat cinta
Kau dan aku adalah satu tak kira apa
Segala rintihan aku engkau
selalu ada

Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Mengejar mimpi yang pasti
Akan aku sentiasa merasa
Kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu

Tiada henti walau di mana kita berdiri
di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku
Walau warnanya menyala
Ingin merasa namun tak akan cuba

Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Akhirnya nanti…
Biar sampai akhirnya nanti....
p/s : to all my preng~~ I lab u all... ^_^

May 19, 2009

Atan at Kmpk

0 ayat-ayat cinta
jeng.. jeng.. jeng.. dah upload dah... kepada sahabat2 yang nak tgk sgt tu... amik nie!! hahaha... video dia biasa je... tapi dah ada yg suh upload tu, upload la jugak... tengok le, apa lagi... 

Part 1 :

Part 2 :


lagi satu ngah upload~~ sabo ye...

p/s: lancer la kunun~~ bila kunci ilang, x leh gerak pon..hikhikhik....

May 18, 2009

Mppb PST 2009/2010 di Kmpk

2 ayat-ayat cinta
Dah lama x online nie...(baru seminggu je..hehe) baru balik dari matrik terchentaq~~ kepenatan juge la... bawak beg skali 3 daa... mcm nak duk sebulan je kat sana..huhu... 

walaupon penat tapi seronok~~ dapat jumpa adik2 baru... pastu ala2 reunion ngan adik2 mentee ambe tahun lepas... makin cumil je diorang nie...ngeh3...

yang menariknya, kmpk dah banyak berubah... manyak cantik woo... tapi x sempat nak amik gambo kat tempat2 menarik la... xpe, insyaAllah lain kali pegi lagi... yeay3~~

ambe ada mengebas video forum malam bersama alumnai hari tu..hehe... tapi x upload lagi... nnt le kalo ambe rajin, terupload la video tu ye...

gambo2 plak, x sempat untuk di kebas... video je yang dapat... kalo ada pon gambo ckit je... xde gambo2 menarik le nak tayang kat cnie..hihihi...

mcm biasa ler, tiap2 tahun dapat baju kunin' (warne tema Kmpk)... 

baju biru pon cantik~~ jeles2... dulu dapat baju kunin' aja... nak baju biru gak!!!

p/s: ambe mau kepergian lagi sama itu matrik terchentaq..ngeh3....

May 6, 2009

Mereka Yang Pergi

0 ayat-ayat cinta
###back to 10 years ago###

sUnYi~~
hidup dalam dunia sendiri..
keyakinan diri, semakin hari semakin pudar
(persoalannnya, penah ke ada keyakinan diri???)

terasa diri terlalu kerdil
kewujudan diri umpama terhijab dari pandangan

tercari2 dia yang mampu membuka pintu hati
pintu yg menghubungkan kepada dunia kenyataan
(duk dalam dunia fantasi ke nie???)

dalam kesunyian, dia hadir...
menghadiahkan sebuah senyuman
mengetuk pintu hati

dia yang berpijak pada pendirian diri
dia yang berjaya membuka pintu hati
dia yang memberikan kejujuran disebalik senyuman
tidak kekal lama

diakhirnya, dia pergi tanpa kemaafan mampu terucap dibibir
hanya sekeping gambar...
hanya sepotong ayat...
sebagai kenangan bersama~~

"Trima kasih sepanjang setahun bersama........"
(acece... lain mcm je ayat nie... sampaikan mamat ensem pon salah paham..hehe)

###back to 6 years ago###

dari jauh mengagumi
dia yang luarannya kuat
(nampak otai je..)
dalamannya lembut
(baik sangat2..)

terasa bagaikan langit dan bumi
dibandingkan dengan dia
(kunun2 la...hehe)

dia yang ramah
sering kali cuba mengetuk pintu hati
pintu ini tetap tertutup kemas
biar x berpenghuni
(masih dalam dunia fantasi ke??)

hari demi hari
makin dikagumi
dia yang sering diuji
namun tetap tabah...
(suspek abis la... tabik spring lagi..huhu)

ketukkan yang x pernah berbalas
akhirnya dia pergi tanpa sepatah kata...
(sowie~~ x brani...)

###back to 4 years ago###

dia hadir tanpa diundang
datang membawa penawar
mngukir senyuman pada wajah yang lesu
membuka kembali pintu dunia nyata
(baru masuk alam nyata ke??)

dia yang menghidupkan peti suara ini
(kalo x, drama bisu je..hehe..)
dia memimpin tangan ini
dia yang mengajar erti hidup 
membawa diri ke dunia nyata

menangis bersama
ketawa bersama
berjalan jauh bersama
tapi.......
(tapi apa??)

bila tiba di satu persimpangan
dia pergi sendirian
meninggalkan diri di pertengahan jalan~~~
(tidakkkkkkkkk... wei shen ma~~~)
mengapakah???

###now###

diri masih menanti
menantikan kepulangan
mereka yang pergi
kerana ikatan yang terjalin x pernah putus........
(hanya terputus hubungan je...sebab x jumpa no contact..kuikuikui...)

p/s : ntah ape la duk mngarut kali nie... haih~~ nak kene psycho balik nie..hehe

May 4, 2009

Cik Sya's Otanjou-bi

0 ayat-ayat cinta
Seperti suda berkuno aja blog nie x di hapdetkan... selepas abis exam mcm2 yang timbul tenggelam... habitat dan tabiat pon x abis adjust lagi untuk kesesuaian waktu cuti nie... ada je perkara2 timbul dalam pale (ala2 pop up la..hehe) yang nak kene pikir + handle with care..ngeh3..

mase menaip nie, ambe ngah mengira detik ketibaan besday seseowang..hehe.. besday cik sya.. suda genap umo bergelar belia..huhu... slalu prasan muda, tapi usianya semakin ke arah meniti hati tua..hikhikhik...

kali nie, ambe nak wish senyap2 je.. dunno why?? maybe nak low profile kali nie.. biarla dia membesar dengan cara idup dia yang tersendiri... ambe xmo kaco daun..hoho.. besday dia kali nie, ambe x leh jadi penjahat disebalik tadbir dah... semenjak dah duk jauh nie, xleh la rancang nak kenekan dia dah..hihi..
Birthday Graphics
cik sya, otanjou-bi omedetou.. 
[ucapan selebihnya terpulang kepada imaginasi korang sendiri..hoho]

ahaa... hari tu ambe baru je dapat adiah besday yang di postpone dari cik chah... cik chah bagi senyap2...hikhikhik... terharuk~~ mase nak kemas bilik baru pasan dia tinggal adiah atas beg..hehe.. terharuk lagik~~

cik chah carikan buah hati untuk Rui rupanya... mentang2 ambe bagi pasangan kat Ryu, dia pon carikan pasangan untuk Rui jugak..hehe...

p/s : cik sya, slamat meniti hari tua...huhu... nama pasangan baru Rui = Jihu sunbae..(mcm penah denga je, tapi di mana ya??hehehe..)
 

- My-So-Called-Life - Copyright © 2009 Blog Ku - Milik Ku - Sesuka Hati Ku