Feb 26, 2009

Mengapa Rindu???

2 ayat-ayat cinta
Hari ini…

Hari yang gelap ini..

Masih hujan..

Sudah beberapa hari..

Tak terhitung lagi..

Hujan masih turun..

Seperti memahami apa yang terpendam…

Terbuku diruang rasa yang mendalam…..


Hati ini menangis…

Tapi mengapa?????


Terjaga dek riuh alam yang memecah sunyi..

Nyanyian hujan menjadi penghibur kegelisahan..

Sungguh agung kurniaan Tuhan…

Begitu indah perangkaan…

Dalam setiap ciptaanNya…


Kesejukan malam tidak mampu mendinginkan perasaan…

Jiwa dipenuhi persoalan…

Mengapa rindu yang hadir???

Mengapa semakin jauh darinya semakin kerap terzahir difikiran???


Oh Tuhan…

Mengapa sebegini aku diuji???

Aku hanyalah insan hina yang lemah..

Yang sering kali tersungkur di atas dunia ini…


Ya Allah Ya Tuhanku…

Kau berikanlah hambaMu ini kekuatan dalam menyusuri perjalanan hidup ini..

Janganlah Kau biarkan aku berkasih sayang keranaMu sedangkan Engkau murkai..

Labuhkanlah rinduku kepadaMu dikala angin rindu datang menyapa..

Jika dirinya bukanlah apa yang sering aku harapkan…

Aku redha dengan ketentuanMu..

Sesungguhnya hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku…


Kini…

Tiada lain yang ku harapkan…

Hanyalah kasih sayangMu…

Agar hari yang gelap kan kembali cerah…

Wahai Bakal Suamiku

0 ayat-ayat cinta

Buat yang bakal bergelar suami...


Wahai suamiku nanti...

kau tak perlu memiliki wajah setampan Nabi Yusuf a.s.

yang menggetarkan hati dan membuat banyak wanita terpikat...

Jika kau jodohku yang tertulis di lauh mahfuz,

Allah pasti akan memberikan rasa dalam hatiku dan hatimu,

saat pertama bertemu...

Aku yakin..Kerana Allah tak pernah akan mungkir janji…


Wahai suamiku nanti

Permintaanku tak banyak…

Selalu ke rumah Allah jika suara merdu memanggilmu...

Bangunkan aku dipertiga malam,

jagalah selalu hatimu,

Nasihati aku jika berbuat salah,

Kalau perlu marahi aku!!

Aku juga tak ingin kemewahan dunia...

Cukuplah aku bersamamu untuk mencari redha Allah…

Dan aku amat bersyukur pada Allah,

jika akulah yang ditakdirkan untuk menambah semangat dalam perjuanganmu…

Akan ku bersihkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri…


Jika kau sangat mencintaiku,

Aku tidak bahagia melihatmu begitu...

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu..

Karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku…

Cinta itu lebih abadi dari pada cinta dua insan…

Moga Cinta itu yang akan mempertemukan

kita kembali di syurga….

Amin…


Ehem2... tetibe jerk wahai bakal suamiku... macam de pape jer ...hoho... nantikanku di batas waktu~~ cewah..... [poyo je lebih nie.... kehampehan sedang melanda..huhu...]

10 Sebab Doa Terhijab

0 ayat-ayat cinta



Sedikit tazkirah untuk dikongsikan bersama......

“Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankanNya lagi. Beritahulah kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham menjawab, terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..”

  • Kamu mengenali Allah tetapi tidak menunaikan hakNya (perintahNya).
  • Kamu membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.
  • Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu tetapi kamu menurut hasutannya.
  • Kamu mendakwa mencintai Rasulullah tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.
  • Kamu mendakwa mencintai syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
  • Kamu mendakwa membenci neraka tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.
  • Kamu mendakwa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
  • Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
  • Kamu makan rezeki Allah tapi kamu tidak mensyukurinya.
  • Kamu mengebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu lupa mengambil ikhtibar daripadanya.

Feb 25, 2009

Muhammad Ubaid - Elaika

0 ayat-ayat cinta
Assalamualaikum....

Nak kongsi satu lagu ngan sahabat2 sume... lagu Elaika oleh Muhammad Ubaid.. lagu nie sebenarnye merupakan syair dari Qasidah Imam Syafi'e... first time dengo dah jatuh hati... syahdu sangat... Time kasih kepada cik Ain, sebab mempomotkan lagu nie... 


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
kupersembahkan kepadaMu tuhan sekelian makhluk harapanku
I submit my hopes to You, O Lord of all creation,

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah
Though I am, O The Provider, Most Generous, a sinner,

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku
When my heart is hardened, and my life is constricted,

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
kujadikan rayuan daripadaku sebagai jalan mengharap keampunanMu
I turn to my submission as the way to Your pardon,

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
Thus when You, The All-forgiving, wipe clean my continuing sins,

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
kurniaanMu dan keampunanMu adalah rahmat dan kemuliaan
Your gift and Your clemency is a boon and an exaltation to me.


ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku
Is it not You who nourishes me, guides me?

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
dan jangalah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku
Therefore cease not your benevolence and bounty to me,

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
May those who have obtained excellence forgive me my trespass,

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu
And parade not my wrongdoings and things that have passed.


فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
Should You forgive me, O Lord, absolve me of my treachery,

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
My injustice, that will be pardoned not on the day when grief is recollected,

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
But should you recompense my wrongs with your torment, still I will not lose hope,

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka
Even as my trespass lands me in the Fire.


فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya
He is the one who speaks only in remembrance of his Lord,

وفيما سواه في الورى كان أعجما
dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu
And when he is with others in this world, he is silent,

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
Thus he says, "O my love, You are the One I beseech to, on Whom I place my faith,

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon
Enough is You for those in need for their dependence and their pleas".


أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
Thus I defend my love, though they be tainted with worldly lust,

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
Thus I protect this promise of devotion, marred though they may be,

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap
In my waking moments, I pine for You, In my slumber, I hope for You,

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2
Walking beside me, full of hope,

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
Thus though my sins are mountainous, then and now,

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
sedang keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia
Far greater and more illustrious is Your compassion to your servants


Elaika ----> Download

Feb 24, 2009

Kmpk - Diari kenangan (1)

0 ayat-ayat cinta

Assalamualaikum....

Sedang ku merenung kembali kisah silam, fikiran ku tersinggah di helaian diari bertajuk kenangan di Kmpk... hurm... rase rindu semacam je tiba2... rasa nak menjejakkan kaki kembali kat tempat tu... banyak kenangan suka duka... tempat yang sedikit sebanyak mengajar erti kehidupan... kmpk yg ku rindu...huhu.. Photobucket

26/6/200??? - hari senin
Hari yang mendebarkan... perjalanan 2 jam rasa sekejap je... Photobucket terexcited sgt pnye pasal..huhu.. rasa gerun pun ada gak.. first time nak duk asrama nie... takut kene ragging pun ada gak... tapi bila dipikir2 balik, matrix mane de senior... so, insyaAllah xdek kes mengekes ragging nie..huhu..

mase sampei, ramai woo... kmpk tu nampok mcm beso je... first time la katakan..hihi.. pastu pi la bratur amik kunci, ala2 cuak pun ada..hoho.. bratur panjang2... pastu duduk tggu giliran.. 

mase duk tggu giliran tu, duk sebelah budak nie... mate dia cam merah2, nangis la tu... nampak skema pun ade gak.. pastu budak tu hulur pembaris, dia tanya nak guna x? dah dia hulur amik je le... mase tu x terasa nak berkenalan pun.. Photobucket hurm..

pas dapat kunci gi tgk blik... besar gak la... Photobucket best2.. mase gi tgk tu, ada sorang mak cik nie ngah kemas barang.. nampak sedey je... org muda kene hormat org tua kan... so, gi  la salam ngan makcik tu... baik orgnye...hehe.. pas sembang jap ngan makcik tu, abah cam da lapo so gi makan jap... ramainya manusia kat cafe Photobucket ..hehe... 

pas makan naek bilik balik angkut barang... masuk2 ada budak tu(bakal jadi rumateku) ngah kemas barang da... dlm hati : huih, cepat gler bdak nie mengemas..hehe.. pastu terpandang la budak sorang lagi ngah sedey ngan mak dia... Photobucket terkezut di buatnya...hohoho... rupa2nya budak yg jumpe mase amik kunci tu...hohoho lagi... x sangke jadi rumate..kuang3...

mase abah gi taklimat, duk je la dlm bilik... pastu baru le memulakan sesi berkenalan ngan rumatess..hehe... ish, rase cam malu plak.. Photobucket huhu.. mula2 hulur la tgn nak salam ngan budak yg sedey tu(a.k.a cik tun).. sian bebeno tgknya... pastu nak le kenal budak yg duk kemas tadi tu plak(a.k.a cik sya)... huih!! garang semacam je... rasa cam menakutkan je..huhu...

Last2, cik sya tu pun ala2 cik tun je..ngeh3... dia berlakon je lebeh... ganas la kunun... tgk cik tun banjir, Photobucket dia pun banjir skali...huahuahua...

To be continued......

p/s: sahabat2ku... dun marah2..hehe.. gulau2 ma..

Feb 23, 2009

My Bestfriend

0 ayat-ayat cinta

I dedicated this poem to all my bestfriends...

She is my best friend
Sometime she's better than the rest
She makes all the better things better
And the better, best

She is always there for me
When I need her most
She's not high on herself
She doesn't brag or boast

Sure, we both have problems
Similar in size
But we are there for each other
Just to sympathize

When everything goes wrong
And it seems like no one cares
She is always there
To wipe away the tears

I do my best to help her
I try with all my might
To make her world a better place
To make it all seem right

Each of us thanks the other
For all that we have done
And how just by being a friend
Life is much more fun

Feb 19, 2009

Ketenangan under pressure....

0 ayat-ayat cinta
Assalamualaikum....

Tetiba rasa nak memposting ari nie...hehe... minggu nie cam secara mengejut je jadi busy... tetiba banyak keje lak(padahal suka tangguh2 keje, bila nak kene hantar mula la sibuk nak siapkan..huhuhu..)... hurm... sebelum nie ada je masa nak main itu main ini.. skang x sempat nak fikir nak main pun..huhu...

Walaupun semakin sibuk, tapi alhamdulillah... kekusutan hidup ini semakin terlerai sikit demi skit... walaupun x banyak, tapi cukup mengembalikan ketenangan dalam hidupku yang semenjak dua menjak nie penuh dengan masalah...

Itu le masalah jiwaku yang ntah pape ntah... xleh nak duk diam bila ada masa yang banyak... tapi dapat merasai ketenangan dalam tekanan... suka wat keje last minit.. kiranya tergolong dalam golongan yang suka wat keje under pressure la...hehe...

Satu je la kelemahan bila wat keje under pressure nie, cepat penat...hehe... skang nie pun dah ala2 mcm nak demam je..huhu... cabaran tu... tapi dah besa dah demam nie...sampai dah lali da... sebab slalu demam..hukhukhuk....

Sebenarnya, nak ucapkan terima kasih wat sorang sahabat nie... kata2 dia telah memberikan ku kesedaran... sebab rasa lost, dah banyak kekusutan yang telah di createkan oleh diri sendiri... pastu xmo berdepan ngan masalah sendiri sebab takut pandangan orang lain... tapi kata2 dia telah membuatku berani berdepan dengan masalah sendiri... akhirnya, alhamdulillah dah selesai...

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah ayat 286]

Kali nie nak pomot lagu Do'aku ----> Download

Feb 11, 2009

Camar Kelukaan

1 ayat-ayat cinta
Assalamualaikum...

Lama dah blog nie terbiar ye...hehe... bukan apa, cuma kadar kesibukkan semakin meningkat... line internet pun ntah pape ntah... nak bukak satu2 web tu, pergh... kemain la "sekejap je"..hihihi... kali nie pun saje2 je post nie... nak buang masa jap, sebelum gi study..huhu...

Nie haa... nak gitau nie... semenjak dua menjak nie, suka la sangat lagu Camar Kelukaan oleh kumpulan SaffOne tu...hehehe... brapa kali dengo dah... sampai dah hapai dah nie... x tau nape, tetiba lagu nie cam bg semangat je...huhu... bestnye lagu nie!!!!!!hahaha...

Di suatu ketika
Pernah kau hinggap ke sisiku
Sayapmu terluka
Kau pinta ku merawatinya

Dengan segala keterbatasan
Aku mencari segala penawarnya
Kau bagai dilahirakn kembali ke dunia nyata
Kau terbang semula

Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa ku pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Demi kejayaan
Ada harga perlu dibayar
Ku menjadi perisaimu
Bila panah menghujani kita

Apabila engkau merasa tercabar
Kau anggap aku menjadi sainganmu
Tidakkah engkau menyedari persamaan kita
Hanya camar maya

Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa (kau bawa daku pergi)ku
Pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Semua ini satu ketentuan

Sape lom denga, pi denga..huhu... best woo.... sape nak lagu nie, click download kat bawah nie ye... wokeys la... mau pi sambung setudy..huhu...

Camar Kelukaan --> Download

Eh, nanti jap... lpe lak... to all my bestopreng ke, preng je ke... x kisah la... sume2 la... mekasih for your support, sport, kerepot and all...huahuahua... mekasih bebanyok, banyak membantu diri ini.. sentiasa bersama ketika ku megah berdiri dan ketika ku jatuh berguling2...hahaha... mekasih kepada yg sanggup hulurkan tangan membantu diri ini bangun semula dan tidak lupa juga kepada yg sepak, tendang, belasah dah lain2 sehinggakan diri ini semakin kuat...huhuhu...

Betapa ku bersyukur kerana mampu mengenal dan belajar dari sahabat2 sume... Semoga rindu itu slalu ada di relung hati sebagai pelengkap cinta kita kepada Illahi... Bersama2 lah kita terbang tinggi menggapai awan...


 

- My-So-Called-Life - Copyright © 2009 Blog Ku - Milik Ku - Sesuka Hati Ku