Showing posts with label muHaSabaH. Show all posts
Showing posts with label muHaSabaH. Show all posts

Dec 31, 2009

4 Batang Lilin~~

0 ayat-ayat cinta
Ada 4 lilin yang menyala, sedikit demi sedikit habis meleleh... Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka...

Lilin yang pertama berkata : “Aku adalah Damai, namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam..

Lilin yang kedua berkata : “Aku adalah Iman, sayang aku tak berguna lagi. Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala” begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya..

dengan sedih Lilin ketiga bicara : “Aku adalah Cinta, tak mampu lagi aku untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna. Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya” tanpa menunggu waktu lama, maka matilah lilin ketiga...

Tanpa terduga…. seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar dan melihat ketiga lilin telah padam. Kerana takut akan kegelapan itu, ia berkata : “Apa yang terjadi?! kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!” lalu ia menangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata : “Jangan takut, jangan menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga lilin lainnya, Aku Adalah HARAPAN” dengan mata bersinar, sang anak mengambil lilin harapan, lalu menyalakan kembali ketiga lilin lainnya.

Pengajarannya…..
Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita… dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN nya!!!

p/s: sempena permulaan awal tahun yang baru, nak mulakan idup dengan harapan yang baru~~ yes!!

Mar 23, 2009

Renungan Bersama

0 ayat-ayat cinta
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!.. bunyi...aauuummmmm!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.. 

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri.. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. 

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. 

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. . Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.. 

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni... Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. 

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu... Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya...

Berfikir lagi.... Kalau naik kat atas makan dek harimau.. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.. terdengar satu bunyi... uuuuuuuuuuuuu... Bunyi lebah bawa madu...

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sed
ang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi.. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata...

Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya... Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau korang nak tau... 
si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah... 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti...

Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pe
ndeklah umur kita.. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.. 

Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah... Astaghfirullah...


Mar 6, 2009

Aduhai 4 Orang Isteriku!!!

1 ayat-ayat cinta
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketigany
a itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

Isteri Keempat adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

Isteri Ketiga adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

Isteri Kedua pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

Dan Sesungguhnya Isteri Pertama adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita di akhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!!!

Mar 5, 2009

Lelaki Cantik vs. Perempuan Gagah

0 ayat-ayat cinta



Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.. 

Lelaki yang cantik.......
  • Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
  • Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
  • Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
  • Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
  • Adalah lelaki yang baik sangka dan,
  • Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki juga berdiri di atas kemuliaan hati.

Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w. yang umi adalah kecantikan yang sempurna bagi seorang lelaki





Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan...

Perempuan yang gagah....
  • Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
  • Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
  • Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
  • Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan, 
Kegagahan perempuan berdiri di atas keteguhan iman..

Seluruh kegagahan ini ada pada Siti Khadijah r.a yang ehsan adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan...

Renung2kan~~

Mar 4, 2009

Berdoa Atas Talian

0 ayat-ayat cinta

Bayangkan bila pada saat kita berdoa dan mendengar ini:

“Terima kasih, anda telah menghubungi Rumah Allah “. Pilihlah salah satu:
1.Tekan 1 untuk ‘meminta’.
2.Tekan 2 untuk ‘mengucap syukur’.
3.Tekan 3 untuk ‘mengeluh’.
4.Tekan 4 untuk ‘permintaan lain’.”

Atau, bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

“Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Sila tunggu sebentar. Panggilan anda akan dijawab berdasarkan turutan.” 

Bolehkah anda bayangkan bila pada saat berdoa, anda mendapat respons seperti ini:

“Jika anda mahu berbicara dengan
Malaikat Jibril, tekan 1.
Dengan Malaikat Mikail, tekan 2.
Dengan malaikat lainnya, tekan 3.
Jika Anda ingin mendengar saritilawah saat anda menunggu, tekan 4.”

“Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka, sila tunggu sehingga anda tiba disini!!”

Atau mungkin juga anda mendengar ini :

“Komputer kami menunjukkan bahawa ini adalah kali pertama anda menelefon hari ini, sila cuba kembali hati esok.”

“Kaunter ini ditutup pada hujung minggu. Sila menelefon kembali pada hari Isnin setelah pukul 9 pagi.”

Mar 3, 2009

Salam

0 ayat-ayat cinta


Amalan yang merupakan kemuliaan di sisi Allah ialah dengan memberi salam apabila bertemu di antara dua orang Islam. Perkara ini merupakan satu saranan oleh Allah ke atas hamba-Nya melalui firman-Nya:

“Apabila diucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang lebih baik daripadanya atau jawab secara yang elok, sesungguhnya Allah ke atas setiap sesuatu akan diperhitungkan.” (Surah Al-Nisa': 86)

Melalui ayat ini Allah menyarankan agar hambanya mengamalkan ucapan yang baik ketika bertemu dengan saudara sesame Islam bagi menjaga kesejahteraan yang dianugerahkan oleh-Nya. Dengan demikian umat Islam hendaklah memberi salam. Setiap kali bertemu saudaranya iaitu yang terdiri daripada orang orang Islam sama ada kenal ataupun sebaliknya. (Rujuk Al-Razi: 544, 604H, hlm. 169. juzuk 10)

Dalil yang menegaskan kenyataan di atas melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Urnar:

‘Bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. yang mana satu antara amalan dalam Islam itu lebih baik? Jawab Rasulullah, Kamu memberi makan kepada orang yang memerlukannya dan mengucapkan salam ke atas sesiapa yang kamu kenal dan yang tidak kenal’ (Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Feb 26, 2009

Wahai Bakal Suamiku

0 ayat-ayat cinta

Buat yang bakal bergelar suami...


Wahai suamiku nanti...

kau tak perlu memiliki wajah setampan Nabi Yusuf a.s.

yang menggetarkan hati dan membuat banyak wanita terpikat...

Jika kau jodohku yang tertulis di lauh mahfuz,

Allah pasti akan memberikan rasa dalam hatiku dan hatimu,

saat pertama bertemu...

Aku yakin..Kerana Allah tak pernah akan mungkir janji…


Wahai suamiku nanti

Permintaanku tak banyak…

Selalu ke rumah Allah jika suara merdu memanggilmu...

Bangunkan aku dipertiga malam,

jagalah selalu hatimu,

Nasihati aku jika berbuat salah,

Kalau perlu marahi aku!!

Aku juga tak ingin kemewahan dunia...

Cukuplah aku bersamamu untuk mencari redha Allah…

Dan aku amat bersyukur pada Allah,

jika akulah yang ditakdirkan untuk menambah semangat dalam perjuanganmu…

Akan ku bersihkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri…


Jika kau sangat mencintaiku,

Aku tidak bahagia melihatmu begitu...

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu..

Karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku…

Cinta itu lebih abadi dari pada cinta dua insan…

Moga Cinta itu yang akan mempertemukan

kita kembali di syurga….

Amin…


Ehem2... tetibe jerk wahai bakal suamiku... macam de pape jer ...hoho... nantikanku di batas waktu~~ cewah..... [poyo je lebih nie.... kehampehan sedang melanda..huhu...]

10 Sebab Doa Terhijab

0 ayat-ayat cinta



Sedikit tazkirah untuk dikongsikan bersama......

“Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankanNya lagi. Beritahulah kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham menjawab, terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..”

  • Kamu mengenali Allah tetapi tidak menunaikan hakNya (perintahNya).
  • Kamu membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.
  • Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu tetapi kamu menurut hasutannya.
  • Kamu mendakwa mencintai Rasulullah tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.
  • Kamu mendakwa mencintai syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
  • Kamu mendakwa membenci neraka tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.
  • Kamu mendakwa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
  • Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
  • Kamu makan rezeki Allah tapi kamu tidak mensyukurinya.
  • Kamu mengebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu lupa mengambil ikhtibar daripadanya.

Feb 25, 2009

Muhammad Ubaid - Elaika

0 ayat-ayat cinta
Assalamualaikum....

Nak kongsi satu lagu ngan sahabat2 sume... lagu Elaika oleh Muhammad Ubaid.. lagu nie sebenarnye merupakan syair dari Qasidah Imam Syafi'e... first time dengo dah jatuh hati... syahdu sangat... Time kasih kepada cik Ain, sebab mempomotkan lagu nie... 


Ų„Ł„Ł€ŁŠŁ€Ł€Łƒ ؄لـــه الـخـلـق أرفــــع Ų±ŲŗŁ€ŲØŁ€ŲŖŁ€Ł€ŁŠ
kupersembahkan kepadaMu tuhan sekelian makhluk harapanku
I submit my hopes to You, O Lord of all creation,

ŁˆŲ„Ł† ŁƒŁ€Ł†Ł€ŲŖُ ŁŠŁ€Ł€Ų§ Ų°Ų§ الـمــن ŁˆŲ§Ł„Ł€Ų¬Ł€Ł€ŁˆŲÆ مـجـرمـا
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah
Though I am, O The Provider, Most Generous, a sinner,

ŁˆŁ„Ł€Ł…Ł€Ł€Ų§ قـســا Ł‚Ł€Ł„Ł€ŲØŁ€ŁŠ ŁˆŲ¶Ł€Ų§Ł‚Ł€Ł€ŲŖ Ł…Ł€Ų°Ų§Ł‡Ł€ŲØŁ€Ł€ŁŠ
tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku
When my heart is hardened, and my life is constricted,

جـعـلـت الـرجــا Ł…Ł€Ł†Ł€Ł€ŁŠ Ł„Ł€Ų¹Ł€ŁŁ€ŁˆŁƒ سـلـمــا
kujadikan rayuan daripadaku sebagai jalan mengharap keampunanMu
I turn to my submission as the way to Your pardon,

فـمـا زلــتَ Ų°Ų§ Ų¹Ł€ŁŁ€Łˆ عــن الـذنـب لــم تـزل
maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
Thus when You, The All-forgiving, wipe clean my continuing sins,

ŲŖŁ€Ł€Ų¬Ł€Ł€ŁˆŲÆ و ŲŖŁ€Ų¹Ł€Ł€ŁŁ€Ł€Łˆ مــنـــة ŁˆŲŖŁ€ŁƒŁ€Ł€Ų±Ł…Ł€Ł€Ų§
kurniaanMu dan keampunanMu adalah rahmat dan kemuliaan
Your gift and Your clemency is a boon and an exaltation to me.


ألــســت Ų§Ł„Ł€Ł€Ł€Ł€Ų°ŁŠ ŲŗŁ€Ų°ŁŠŁ€ŲŖŁ€Ł†Ł€ŁŠ ŁˆŁ‡Ł€ŲÆŁŠŁ€ŲŖŁ€Ł†Ł€Ł€ŁŠ
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku
Is it not You who nourishes me, guides me?

ŁˆŁ„Ų§ زلــــت مـنـانــا Ų¹Ł€Ł€Ł„Ł€Ł€Ł€ŁŠّ ŁˆŁ…Ł€Ł†Ł€Ų¹Ł€Ł…Ł€Ł€Ų§
dan jangalah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku
Therefore cease not your benevolence and bounty to me,

عـسـى مــن لــه ال؄حـســان ŁŠŁ€ŲŗŁ€ŁŁ€Ų± Ų²Ł„Ł€ŲŖŁ€Ł€ŁŠ
semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
May those who have obtained excellence forgive me my trespass,

ŁˆŁŠŁ€Ų³Ł€ŲŖŁ€Ł€Ų± أوزاري ŁˆŁ…Ł€Ł€Ł€Ł€Ų§ قــــد تـقــدمــا
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu
And parade not my wrongdoings and things that have passed.


فــ؄ن تـعـف Ų¹Ł€Ł†Ł€Ł€ŁŠ تـعــف عـــن مـتـمـرد
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
Should You forgive me, O Lord, absolve me of my treachery,

ŲøŁ€Ł€Ł„Ł€Ł€ŁˆŁ… ŲŗŁ€Ł€Ų“Ł€Ł€ŁˆŁ… لا ŁŠŁ€Ł€Ų²Ų§ŁŠŁ€Ł€Ł€Ł„ مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
My injustice, that will be pardoned not on the day when grief is recollected,

و ؄ن تنـتـقـم Ł…Ł€Ł€Ł†Ł€Ł€ŁŠ فـلـســت ŲØŁ€Ł€Ų¢ŁŠŁ€Ł€Ų³
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
But should you recompense my wrongs with your torment, still I will not lose hope,

ŁˆŁ„Ł€Ł€Ł€Łˆ Ų£ŲÆŲ®Ł€Ł„Ł€Ł€ŁˆŲ§ Ł†Ł€ŁŁ€Ų³Ł€ŁŠ بـجــرم جـهـنـمـا
sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka
Even as my trespass lands me in the Fire.


ŁŲµŁŠŁ€Ų­Ł€Ų§ Ų„Ų°Ų§ مــا ŁƒŁ€Ł€Ų§Ł† ŁŁ€Ł€Ł€ŁŠ Ų°ŁƒŁ€Ł€Ł€Ų± ربـــه
dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya
He is the one who speaks only in remembrance of his Lord,

ŁˆŁŁŠŁ…Ų§ Ų³ŁˆŲ§Ł‡ في Ų§Ł„ŁˆŲ±Ł‰ ŁƒŲ§Ł† أعجما
dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu
And when he is with others in this world, he is silent,

ŁŠŁ€Ł‚Ł€Ł€ŁˆŁ„: Ų­ŲØŁ€ŁŠŁ€ŲØŁ€ŁŠ أنـــت Ų³Ł€Ų¤Ł„Ł€Ł€ŁŠ ŁˆŲØŲŗŁ€ŁŠŁ€ŲŖŁ€ŁŠ
dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
Thus he says, "O my love, You are the One I beseech to, on Whom I place my faith,

ŁƒŁ€ŁŁ€Ł€Ł‰ ŲØŁ€Ł€Ł€Łƒ Ł„Ł„Ł€Ų±Ų§Ų¬Ł€ŁŠŁ€Ł† ســـؤلا ŁˆŁ…Ł€ŲŗŁ€Ł†Ł€Ł…Ł€Ų§
cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon
Enough is You for those in need for their dependence and their pleas".


Ų£ŲµŁ€Ł€Ł€Ł€Ł€ŁˆŁ† ودادي أن ŁŠŁ€ŲÆŁ†Ł€Ł€Ų³Ł€Ł€Ł‡ Ų§Ł„Ł€Ł€Ł€Ł‡Ł€Ł€Ł€ŁˆŁ‰
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
Thus I defend my love, though they be tainted with worldly lust,

ŁˆŲ£Ų­Ł€Ł€ŁŁ€Ł€Ųø عــهــد الــحـــب أن ŁŠŁ€ŲŖŁ€Ų«Ł€Ł„Ł€Ł…Ł€Ų§
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
Thus I protect this promise of devotion, marred though they may be,

ŁŁ€ŁŁ€ŁŠ ŁŠŁ‚ŲøŁ€ŲŖŁ€ŁŠ Ų“Ł€Ł€ŁˆŁ‚ ŁˆŁŁ€Ł€ŁŠ ŲŗŁ€ŁŁ€ŁˆŲŖŁ€ŁŠ مـنــى
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap
In my waking moments, I pine for You, In my slumber, I hope for You,

تــلاحــق Ų®Ł€Ł€Ų·Ł€Ł€ŁˆŁŠ Ł†Ł€Ł€Ų“Ł€Ł€ŁˆŲ© ŁˆŲŖŁ€Ų±Ł†Ł€Ł€Ł…Ł€Ł€Ų§
mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2
Walking beside me, full of hope,

ŁŁ€Ų¬Ł€Ų±Ł…Ł€ŁŠ Ų¹Ł€ŲøŁ€ŁŠŁ€Ł… مـــن Ł‚Ł€ŲÆŁŠŁ€Ł€Ł… ŁˆŲ­Ł€Ł€Ł€Ł€Ų§ŲÆŲ«
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
Thus though my sins are mountainous, then and now,

ŁˆŲ¹Ł€ŁŁ€Ł€ŁˆŁƒ ŁŠŁ€Ų£ŲŖŁ€Ł€ŁŠ الـعـبـد أعـلــى ŁˆŲ£Ų¬Ł€Ų³Ł€Ł…Ł€Ų§
sedang keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia
Far greater and more illustrious is Your compassion to your servants


Elaika ----> Download

Jan 29, 2009

Jenis Syaitan

0 ayat-ayat cinta
Assalamualaikum....



Sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 sering mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidak sedar hasutan mereka... Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat, Insya'Allah..

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat... Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu...

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah...

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.... Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama'...

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol... Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam dan tempat yang ada minuman keras)...

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah... Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour...

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut...

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita... Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi)...

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain...

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari..


Dan yang terakhir ni yang paling teruk! Tidak terdapat dalam mana2 hadiths... Cuma setakat peringatan sahaja...


10. Isetan.
Sebuah pasaraya yang terkemuka di seluruh duniawi... terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing dan kawasan yang sewaktu dengannya.....
Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan
Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yang lakinya tenggah tunggu kat kereta...
Pesanan: shopping tu agak2 la, jangan sampai berlebih2an pulak... Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan

11. Hindusetan
Nie mereka2 yang suka menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang, masih menyonggol depan tv.....kepala keluar tanduk, tak sedar....... jadi lah hindusetan!!!! hehehe...

Dec 3, 2008

Sesekali Diuji...

0 ayat-ayat cinta
Assalamualaikum....

Kadang kala... kita sering terlupa... kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya... Maka kita diberi sedikit ujian, menguji tahap keimanan di jiwa.... namun kita sering merintih... terasa hidup terlalu payah... dan berbagai persoalan datang menerjah.... 


MENGAPA KITA DIUJI??

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. " 

[Surah Al-Ankabut ayat 2-3]


MENGAPA KITA TIDAK DAPAT APA YANG DI IDAM-IDAMKAN??

" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " 

[Surah Al-Baqarah ayat 216]


KENAPA UJIAN SEBERAT INI??

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

[Surah Al-Baqarah ayat 286]


RASA KECEWA??

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. " 

[Surah Al-Imran ayat 139]


BAGAIMANA HARUS KITA MENGHADAPINYA??

" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung."

[Surah Al-Imran ayat 200]

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', " 

[Surah Al-Baqarah ayat 45]


APA YANG KITA DAPAT DARIPADA SEMUA INI??

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka ..... " 

[Surah At-Taubah ayat 111]


KEPADA SIAPA KITA BERHARAP??

" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. " 

[Surah At-Taubah ayat 129]


BILA TERASA INGIN BERPUTUS ASA??

" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. " 

[Surah Yusof ayat 87]

Bersama2 lah kita mencari hikmah di dalam setiap ketentuan Allah s.w.t.... supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran... setiap kesusahan pasti ada kesenangan dan setiap kesabaran pasti ada ganjarannya... yakinlah dengan janji Allah... "Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [Surah Muhammad ayat 7]
 

- My-So-Called-Life - Copyright © 2009 Blog Ku - Milik Ku - Sesuka Hati Ku