Showing posts with label TaZkiRaH. Show all posts
Showing posts with label TaZkiRaH. Show all posts

Mar 3, 2009

Salam

0 ayat-ayat cinta


Amalan yang merupakan kemuliaan di sisi Allah ialah dengan memberi salam apabila bertemu di antara dua orang Islam. Perkara ini merupakan satu saranan oleh Allah ke atas hamba-Nya melalui firman-Nya:

“Apabila diucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang lebih baik daripadanya atau jawab secara yang elok, sesungguhnya Allah ke atas setiap sesuatu akan diperhitungkan.” (Surah Al-Nisa': 86)

Melalui ayat ini Allah menyarankan agar hambanya mengamalkan ucapan yang baik ketika bertemu dengan saudara sesame Islam bagi menjaga kesejahteraan yang dianugerahkan oleh-Nya. Dengan demikian umat Islam hendaklah memberi salam. Setiap kali bertemu saudaranya iaitu yang terdiri daripada orang orang Islam sama ada kenal ataupun sebaliknya. (Rujuk Al-Razi: 544, 604H, hlm. 169. juzuk 10)

Dalil yang menegaskan kenyataan di atas melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Urnar:

‘Bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. yang mana satu antara amalan dalam Islam itu lebih baik? Jawab Rasulullah, Kamu memberi makan kepada orang yang memerlukannya dan mengucapkan salam ke atas sesiapa yang kamu kenal dan yang tidak kenal’ (Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Feb 26, 2009

10 Sebab Doa Terhijab

0 ayat-ayat cinta



Sedikit tazkirah untuk dikongsikan bersama......

“Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankanNya lagi. Beritahulah kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham menjawab, terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..”

  • Kamu mengenali Allah tetapi tidak menunaikan hakNya (perintahNya).
  • Kamu membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.
  • Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu tetapi kamu menurut hasutannya.
  • Kamu mendakwa mencintai Rasulullah tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.
  • Kamu mendakwa mencintai syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
  • Kamu mendakwa membenci neraka tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.
  • Kamu mendakwa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
  • Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
  • Kamu makan rezeki Allah tapi kamu tidak mensyukurinya.
  • Kamu mengebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu lupa mengambil ikhtibar daripadanya.
 

- My-So-Called-Life - Copyright © 2009 Blog Ku - Milik Ku - Sesuka Hati Ku