Showing posts with label iNfO. Show all posts
Showing posts with label iNfO. Show all posts

Jan 29, 2009

Ada Apa Dengan Darah???

0 ayat-ayat cinta
Assalamualaikum...


Dah lama x blajar pasal darah nie..hehe... rindu lak nak blaja... suka bebeno tajuk darah dalam bio dlu... best2... menghapai je kejenya..huhu... ce tengok gamba sel darah kat atas nie, nampak mcm apa... ada nampak cam buah limau x?hehehe.... mula nak mngarut la nie..huhu...so, Ada apa dengan darah???

Nie ha... ada hasil kajian yang dilakukan di Jepun terhadap beberapa jenis darah, menunjukkan bahawa ada beberapa keperibadian tertentu yang dikatakan sesuai dgn jenis darah orang yang berkaitan... selain boleh menjadi panduan untuk menentukan diet yg sesuai, ternyata darah juga boleh meneropong atau mengskodeng watak dan keperibadian seseorang...(erm..darah pun bleh skodeng ke??hehe..) Jom kita tgk....

Kumpulan Darah'O'
Ini adalah jenis pemimpin...(bleh caye ke nie???) Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya... Anda juga termasuk trend-setter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif. Betul tak????(erk!! mcm same je skit2..hehe..)

Kumpulan Darah 'A'
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi... Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian... Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..

Kumpulan Darah 'B'
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri... Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi... Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..

Kumpulan Darah 'AB'
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati... Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain...

So, apa kumpulan darah korang???hehe.. x kisah la... asalkan prangai sume elok2 blaka... pastikan darah korang sama ada kumpulan darah O, A, B atau AB... kalau ada yg check, tapi kumpulan darah dia C... itu x tau le dari mana tu...hehehe...

Jenis Syaitan

0 ayat-ayat cinta
Assalamualaikum....



Sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 sering mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidak sedar hasutan mereka... Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat, Insya'Allah..

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat... Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu...

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah...

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.... Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama'...

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol... Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam dan tempat yang ada minuman keras)...

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah... Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour...

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut...

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita... Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi)...

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain...

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari..


Dan yang terakhir ni yang paling teruk! Tidak terdapat dalam mana2 hadiths... Cuma setakat peringatan sahaja...


10. Isetan.
Sebuah pasaraya yang terkemuka di seluruh duniawi... terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing dan kawasan yang sewaktu dengannya.....
Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan
Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yang lakinya tenggah tunggu kat kereta...
Pesanan: shopping tu agak2 la, jangan sampai berlebih2an pulak... Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan

11. Hindusetan
Nie mereka2 yang suka menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang, masih menyonggol depan tv.....kepala keluar tanduk, tak sedar....... jadi lah hindusetan!!!! hehehe...

Dec 19, 2008

Air Kosong Penawar Penyakit????

0 ayat-ayat cinta

Assalamualaikum....

Ari tue ada terbaca pasal air kosong nie... Katanya bleh jadi penawar... tapi cam x caye je, minum air bleh sembuhkan penyakit..kan.. kan..kan.. kiranya mencegah dan merawat penyakit la mcm logic skit bunyinya... so, nak kongsi ngan kawan2, sahabat2, makcik2, pakcik2, jiran sebelah, jiran kt kampung ke apa ke... yg penting nak kongsi ngan sume la...

Nie ha... kajian para saintis mendapati amalan minum air kosong sebaik bangun dari tidur setiap pagi, mempunyai banyak manfaat... (nie korang mesti minum sebelum gosok gigi tau!!!)

Ada la satu kelompok orang-orangan nie kan yg dipanggil Japanese Medical Society tlah berjaya membuktikan atau mengaprovekan dalam kes-kes tertentu, amalan minum air kosong nie insyaAllah mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan orang-orangan Jepun tue ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing...

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik bangun or terjaga dari tidur ini, anda2 sume perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.. insyaAllah...
  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi..(kan betul sblm gosok gigi..hehe..)
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit... (lambat la nak sarapan..huhu...)
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa... (yea... bleh makan.. :p)
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam... (amalan yg bgus utk orng nak berdiet nie...)
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari...
  • Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari.
Bagi pesakit artritis anda2 sume hanya perlu mengikuti rawatan nie untuk tiga hari je... Rawatan ini katanya xde sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal, pesakit mungkin kerap buang air kecil..(mana tak nya... 4 gelas sekali minum tue...hehe...)

Dec 2, 2008

Bila marah, gaduh la plak...

0 ayat-ayat cinta
Assalamualaikum....

nok cite pasal marah nie... rasa nak marah nie...hehehe... gurau je... tengah happy nie... tapi moh kte cite pasal marah... sebelum tue kte selesaikan equation kat bawah nie ye...hehe..

Equation 1:
rasa nak marah + cakap ikut sedap mulut + ikut nafsu plak tue = gaduh nanti

Equation 2:
bila sama2 masam muka + melebihkan ego = xnak cakap ngan satu sama lain

Equation 1 divide by Equation 2 = bleh memutuskan ukhuwah (BAHAYA!!!!)

Sebagai manusia biasa... kita tak leh nak lari untuk terasa marah, geram ataupun bengang.. btul tak?? Perkara biasa la... bila kawan2, teman2, sedara mara or sahabat kte, buat something yang x kene ngan angin kita, kita pun tergeram and termarah... tapi kalo nak marah sekali pun, biarlah bertempat... bukannya xleh nak marah langsung, tapi biar kene caranya ok... ada kajian psikologi nie yang mengatakan nak marah tue bleh, sebab kalo kita pendam or simpan rasa nak marah nie, kita akan bertambah tertekan...

bila tertekan tue, kita akan mudah diserang ngan mcm2 penyakit... contohnya sakit jantung, strok or migrain.. bila marah2 nie pun bleh sebabkan darah tinggi tau... so, yg suke pendam2 tue, hati-hati... bahaya simpan2 nie... at least, luahkan kalo ada x puas hati tue... tetapi nak melahirkan marah tue pun ada batasannya... jangan main marah je, tapi menyalurkan kemarahan itu dengan cara yang baik... 

jadi kalo nak marah tue, marah secara baik tau(macam mana tue???hehe..)... jangan sekali2 marah dengan kata2 yang lahir dari nafsu semata... itu bleh membawa kepada pergaduhan... bila bergaduh tue mula la, nnt xnak kawan la... benci la.. menyampah la... jangan la sampai camtue skali... x baik tau... kalo ada tergaduh ke, berkelahi ke, tersalah faham ke, jgn plak gaduh lama2.... sebab x leh bermasam muka lebih 3 hari tau!!!

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. katanya :
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu saling membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari 3 hari lamanya."
(Bukhari & muslim)

Diriwayatkan daripada Abu bin Ayub al-Ansari r.a. katanya :
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari 3 malam, apabila kedua-duanya bertemu saling memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara kedua-duanya adalah mereka yang mula mengucapkan salam."
(Bukhari & muslim)

bagi sape yang panas baran tue, cuba la mengawal sikap mudah naik angin tue... jangan melulu marah tanpa hujung pangkal... menzahirkan marah pun biarlah bertempat ok(marah pun ada tempat2nya ek??hehe..)....

Anyway,pernahkah kita terfikir, bila dihadirkan rasa marah tue... mungkin Allah ingin mnguji sejauh mana sabar kita... jadi fikir2kan... mari le kte ramei2 muhasabah diri kte kembali ok...
 

- My-So-Called-Life - Copyright © 2009 Blog Ku - Milik Ku - Sesuka Hati Ku