Oct 22, 2009

Tips Persahabatan





Nabi Muhammad s. a. w pernah bersabda yang bermaksud:

"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikianlah keindahan Islam... Jauh dari unsur mementingkan diri sehinggakan kasih sesama saudara diletakkan sebagai syarat kesempurnaan iman...

Untuk menyahut seruan ini, cuba kita praktikkan perkara di bawah. Semoga dengan cara ini ukhuwah yang terjalin akan bertambah kukuh dan manis mcm cekelat..hehe..


1. Nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu.. 

Sabda Rasulullah: "Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya." (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)

[Sahabat2ku... sayang kat korang sume...]


2. Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah. 

Umar al-Khattab r. a berkata, "Saya minta izin kepada baginda Rasulullah s. a. w untuk mengerjakan umrah. Baginda Rasulullah s. a. w membenarkan dan berpesan; "Jangan lupa berdoa untuk kami bersama." (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)...

[Ingatilah daku dalam doamu....]


3. Segeralah bersalam apabila bertemu.

Sabda Rasulullah s. a. w, "Tiadalah dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah."


4. Bermanis muka apabila bertemu

"Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan"...

[Kene senyum slalu nie... ^_^  kalo x cukup manis gak, tambah madu...hehe..]


5. Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya.

"Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakannya, nescaya Allah akan menyukannya pada hari kiamat."

[Apa yang korang suke ye??? ]


6. Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna.

Daripada Abu Hurairah r. a, Rasulullah s. a. w bersabda, maksudnya: "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu, satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya. (Riwayat Muslim)

[Dalam proses menyempurnakan tanggungjawab yg x terlaksana... insyaAllah..]


Buat sahabat yang tesayang....

andai diri ini ada yang terkurang, ada yang terlebih... kongsi2kanlah... bagi memperbaiki diri yang x brapa nak sempurna nie...hehe..

Diri ini masih belajar untuk menerima dan menyayangi dirimu dengan seadanya... nantikanku di batas waktu... acece...



0 ayat-ayat cinta:

 

- My-So-Called-Life - Copyright © 2009 Blog Ku - Milik Ku - Sesuka Hati Ku