Dec 3, 2008

Biarkan ku Pergi


Aku menggigil kesejukan berjalan dalam sepi..

langit masih gelap..

titis-titis keresahan menghujani laluan..

sayup-sayup kedengaran suara hati..

suara yang meluahkan kerinduan...


Perginya aku membawa diri jauh darinya..

dengan harapan dia kan lebih bahagia tanpaku disisi..

kerana ingin sekali aku buktikan...

kata-kata yang sering bermain dibibir..

bukanlah omong kosong semata...


Namun.....

Bila mata terpejam..

ombak kerinduan mula bergelora..

terasa sayu membanjiri jiwa..

kenangan suka duka bersama berputar di ingatan..

air mata mula membasahi pipi...


Tatkala hati menyebut namanya..

aku hanya mampu menadah tangan melayarkan doa..

semoga dia kan temui insan yang terbaik buat dirinya..

sahabatku...

0 ayat-ayat cinta:

 

- My-So-Called-Life - Copyright © 2009 Blog Ku - Milik Ku - Sesuka Hati Ku